Sektor pembinaan S2 menjunam 44.9 peratus - Utusan Malaysia

Sektor pembinaan S2 menjunam 44.9 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan pada suku kedua (S2) 2020 menguncup 44.9 peratus berasas tahun ke tahun, berjumlah RM19.8 bilion berbanding -6.3 peratus dengan jumlah RM35 bilion suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, semua aktiviti pembinaan perlahan pada suku kedua 2020 disebabkan penutupan aktiviti pembinaan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, penurunan disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam yang turun 55.2 peratus, diikuti bangunan kediaman (-38.7 peratus), bangunan bukan kediaman (-36.2 peratus) dan aktiviti pertuka­ngan khas (-28.7 peratus).

“Subsektor kejuruteraan awam kekal mendominasi sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan 36.4 peratus. Bangunan bukan kediaman menyumbang 29.4 peratus, bangunan kediaman (27.3 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (7 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd. Uzir berkata, sektor swasta terus memacu pertumbuhan aktiviti pembinaan de­ngan menyumbang 62.2 peratus nilai kerja pembinaan bersamaan RM12.3 bilion, berban­ding sektor awam yang menyumbang 37.8 peratus nilai kerja pembinaan sebanyak RM7.5 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata, eksport getah asli pada Jun berjumlah 38,587 tan meningkat sebanyak 14.2 peratus daripada 33,780 tan pada Mei 2020.

Katanya, destinasi utama eksport getah asli ialah China iaitu 68.1 peratus daripada jumlah eksport, diikuti Finland (4.2 peratus), Jerman (3.8 peratus), Amerika Syarikat (2.9 peratus) dan Taiwan (2.7 peratus). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya