Pelindung muka untuk kanak-kanak - Utusan Malaysia

Pelindung muka untuk kanak-kanak

TIGA kanak-kanak menggayakan pelindung muka dwi-fungsi The Little Z di Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dalam usaha kerajaan mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini memberi kesan kepada ramai pihak khususnya melibatkan aspek ekonomi.

Impak PKP lebih terkesan buat mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan bergantung kepada pendapatan harian untuk menyara keluarga.

Tidak mahu menjadikan pandemik Covid-19 sebagai satu halangan, usahawan dalam talian, Shahizatul Farha S. Rosli, 36, melihat peluang yang ada buat dirinya menghasilkan produk pelindung muka khusus buat kanak-kanak.

Menariknya, pelindung muka yang dihasilkan di bawah jenama The Little Z, mempunyai dwi-fungsi, iaitu sebagai alat penjagaan diri dan permainan buat pemakainya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, idea menghasilkan pelindung muka bertemakan kartun itu bermula selepas dia melihat terdapat permintaan produk berkenaan bagi keperluan kanak-kanak.

“Sebelum ini saya lebih fokus kepada menghasilkan produk kraftangan berkonsep permainan interaktif kanak-kanak seperti play mat, busy book serta beg aksesori yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

“Apabila berlaku pandemik Covid-19, penekanan kini diberi kepada penjagaan kesihatan diri melalui penggunaan perkakas seperti pelitup hidung dan mulut serta penutup muka, saya berasa terdapat pasaran untuk produk sedemikian.

“Memandangkan jenama The Little Z memberi fokus kepada kanak-kanak, terbit idea untuk menghasilkan produk pelin­dung muka dwi-fungsi, iaitu sebagai alat pencegahan serta aksesori yang boleh diguna untuk bermain,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Farha di sini baru-baru ini.

Jelas Shahizatul Farha, sebagai permulaan, dia menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan anak-anaknya sendiri apabila kerajaan mula me­laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi khususnya melibatkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

“Setelah menghasilkan beberapa rekaan untuk kegunaan sendiri, saya meletakkan gambar produk tersebut di laman Facebook peribadi sebelum mula menerima tempahan daripada orang ramai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya