Maxis sedia lancar 5G - Utusan Malaysia

Maxis sedia lancar 5G

Gokhan Ogut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maxis Berhad telah bersedia untuk memperkenal dan melaksanakan adaptasi teknologi gene­rasi kelima (5G) kepada pengguna seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut (gambar) berkata, pelaksanaan 5G menjadi agenda penting syarikat gergasi telekomunikasi negara itu sejak dua tahun lalu dengan mengadakan percubaan di makmal sebelum menyertai pelbagai percubaan lain bagi mengenal pasti penyelesaian kepada pengguna dan perniagaan.

Menurut Ogut, Maxis telah bersedia dalam semua segi untuk melancarkan 5G dan hanya menunggu ‘lampu hijau’ dari segi spektrum 5G.

Katanya, syarikat itu juga telah bekerjasama dengan syarikat asing termasuk Google dan Microsoft untuk membawa penyelesaian terbaik kepada pengguna di Malaysia.

Ogut berkata, kerjasama dengan syarikat tempatan juga telah dilaksanakan melibatkan syarikat kecil, besar atau pun permulaan (startup) untuk membangunkan penyelesaian kepada 5G.

“Kami akan teruskan usaha melaksanakan 5G apatah lagi Maxis telah menyempurnakan kesediaan teknikal melibatkan pelaburan yang telah dilakukan dalam rangkaian semasa, Oktober lalu. Perkara itu juga melibatkan perjanjian dengan rakan kongsi jangka panjang.

“Maxis telah bersedia untuk melancarkan (5G) dan hanya menunggu spektrum dikeluarkan supaya kami boleh mula menggunakan 5G ke seluruh negara bagi kegunaan pengguna dan perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran tujuan jenama baharu Maxis secara maya semalam.

Mengenai tujuan jenama baharu Maxis iaitu ‘Terus Menerajui’, Ogut berkata, tujuan jenama itu adalah sebahagian daripada pelan jangka masa panjang Maxis untuk mentransformasikan syarikat itu bukan sahaja sebagai operator mudah alih terbaik negara tetapi juga ke arah peneraju penyedia penyelesaian bersepadu.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya