Mah Sing turun unjuran jualan RM1.1 bilion - Utusan Malaysia

Mah Sing turun unjuran jualan RM1.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mengkaji semula sasaran jualan tahun ini dengan menurunkannya kepada RM1.1 bilion, susut RM500 juta berbanding unjuran awal bernilai RM1.6 bilion didorong oleh tempoh lebih lama menukar tempahan kepada penjualan. 

Dalam masa yang sama, Mah Sing turut mengumumkan perolehan berjumlah RM669.8 juta bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2020 di samping keuntungan sebelum cukai bernilai RM65.6 juta. 

Menurut Mah Sing dalam kenyataan, jualan hartanah bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2020 berada pada kadar RM418.6 juta dengan tambahan RM1.6 bilion tempahan jualan dalam tangan. 

Mah Sing berkata, untuk tempoh suku kedua 2020, Kumpulan itu telah merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM22.4 juta dengan pendapatan bernilai RM298.6 juta. 

“Pembangunan hartanah mencatatkan pendapatan RM510.8 juta manakala keuntungan operasi sebanyak RM75 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2020. Projek pembangunan yang menyumbang kepada prestasi syarikat termasuk M Vertica di Cheras, M Centura Sentul, Southville City KL South, Meridin East Johor dan Lakeville Residence di Jalan Kuching. 

“Beberapa projek lain termasuk M Oscar di Kuchai Lama, M Aruna di Rawang, Ferringhi Residence dan Southbay City di Penang, Sieera Perdana, Meridin @ Medini dan Mah Sing i-Parc di Johor turut menyumbang kepada keuntungan syarikat,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) merupakan waktu mencabar bagi kesemua pemaju memandangkan projek pembangunan terpaksa dihentikan di samping kelulusan pinjaman juga tertangguh. 

“Pada masa ini kami memberi tumpuan untuk menukar tempahan jualan bernilai RM1.6 bilion, menjual stok sedia ada dan menyelesaikan perkembangan pembinaan projek kami. 

“Baru-baru ini, kami telah berjaya menyerahkan pemilikan Menara C dan D bagi projek Lakeville Residence di Taman Wahyu serta Menara A dan B Cerrado di Southville City @ KL South, Bangi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.