Mah Sing mahu teroka industri penjagaan kesihatan - Utusan Malaysia

Mah Sing mahu teroka industri penjagaan kesihatan

PENGERUSI Eksekutif MSPI, Hong Hock Seng (kiri) bersama Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengarah Eksekutif MSPI, Lee Foo Keong selepas mengadakan lawatan media di kilang pembuatannya di Pelabuhan Klang, Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG : Syarikat hartanah terkenal, Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) komited meneroka peluang pertumbuhan baharu dalam bidang kesihatan melalui pembuatan plastiknya yang mesra alam.

Penerokaan bidang baharu menerusi anak syarikatnya, Mah Sing Plastics Industries Sdn. Bhd. (MSPI) menumpukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi keperluan asas pasaran dan kehendak pelanggan yang berbeza.

Bagi tujuan itu, MSPI melaksanakan ujian menyeluruh terhadap bahan dan produknya bagi memastikan ia berkualiti dan dijamin keberkesanannya.

Pada masa sama, syarikat berkenaan memberi tumpuan kepada mengitar semula bahan yang ada bagi menjamin kelestarian ekosistem.

Pengasas merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, buat masa ini, pihak syarikat masih merancang untuk meneroka bidang pertumbuhan baharu ini yang dilihat mempunyai pasaran luas.

“Kami berminat untuk mengejar peluang dalam pengeluaran produk penjagaan kesihatan yang semakin mendapat tempat dalam dan luar negara.

“Syarikat juga berhasrat untuk memanfaatkan rekod prestasi MSPI yang telah terbukti mempunyai kepakaran yang tinggi sebagai pengeluar plastik terbesar di negara ini,” katanya dalam Sidang Media ketika Lawatan Media MSPI di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif MSPI, Lee Foo Keong dan Pengerusi Bukan Eksekutif MSPI, Hong Hock Seng.

Menurutnya, dengan sumber dan kepakaran yang dimiliki syarikat, pihaknya yakin perancangan itu bakal membuahkan hasil.

Sebagai rekod, MSPI yang mempunyai satu kilang di negara ini manakala dua lagi di Indonesia merupakan pemain utama dalam industri plastik yang mana pelanggan utamanya terdiri daripada Sharp, JVC, Panasonic, Hitachi, Tupperware dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya