PETALING JAYA: Cadangan pemberian insentif kepada peniaga termasuk pengurangan kadar caj sewa perlu dilaksanakan secara merit, khususnya melibatkan aspek kualiti dan kebersihan premis. Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan hanya peniaga yang mematuhi syarat dan peraturan layak menikmati insentif yang disediakan. Katanya, langkah tersebut secara tidak langsung dapat membantu tugas penguatkuasaan yang sebelum ini berdepan pelbagai kerenah melibatkan golongan peniaga.…










