Kos melancong 20% lebih rendah - Utusan Malaysia

Kos melancong 20% lebih rendah

PEMANDANGAN pusat peranginan Genting Highlands dari udara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos melancong dalam negara kini dianggarkan 15 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding sebelum penularan wabak Covid-19, sekali gus memberi peluang kepada rakyat menyokong industri pelanco­ngan domestik.

Ketua Negara OYO Malaysia dan Singapura, Tan Ming Luk berkata, pengurangan itu di­sebabkan kos penginapan dan logistik lebih rendah.

Selain itu katanya, ia di­sebabkan lebihan penawaran di sektor perhotelan dan harga bahan api lebih murah.

Sebagai contoh katanya, pe­ngunjung kini boleh mendapatkan bilik untuk dua orang pada kadar serendah RM40 di OYO, manakala hotel-hotel mewah turut dilihat menawarkan diskaun menarik.

“Fokus industri ketika ini sepatutnya ialah mengembalikan keyakinan dan minat rakyat Malaysia untuk keluar melancong, susulan kebimba­ngan akibat penularan wabak Covid-19.

“Keutamaan kami kini ialah keselamatan tetamu, semua hotel OYO mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang disyaratkan Kementerian Kesihatan seperti penjarakan fizikal, proses nyahkuman dan sentuhan minimum ketika melakukan daftar ma­suk.

“Kami juga telah berhubung dengan setiap kerajaan negeri bagi membangunkan promosi serta kempen untuk merancakkan kembali industri pelanco­ngan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat OYO Malaysia di sini baru-baru ini.

OYO kini bekerjasama de­ngan hampir 800 hotel di 75 bandar seluruh negara, melibatkan penawaran lebih 20,000 bilik.

Jenama tersebut yang telah beroperasi di negara ini sejak penghujung 2017 menggunakan sistem perniagaan francais dan memberikan jenama yang kukuh, SOP serta jualan dalam talian dan luar talian kepada rakan hotel dengan pengenaan bayaran berasaskan komisen.

Menurut Ming Luk, purata kadar sewaan bilik OYO Malaysia pada Julai lalu pada 35 hingga 40 peratus.

Katanya, syarikat mula me­nyaksikan peningkatan kehadiran tetamu terutamanya di kawasan tumpuan pelancong yang mudah diakses melalui perjalanan darat seperti Melaka dan Pulau Pinang.

Katanya, perniagaan OYO yang berpaksikan kepada segmen hotel bajet lebih tertumpu kepada pelancong domestik, dengan lebih 90 peratus pelanggannya sebelum Co­vid-19 adalah warga tempatan.

“Sebab itu dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, prestasi kami jauh lebih baik daripada hotel empat atau lima bintang.

“Saya yakin kami mampu mencapai semula paras sewaan sebelum Covid iaitu sekitar 60 peratus, namun ia mungkin mengambil sedikit masa kira-kira lebih setahun lagi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sya­rikat tidak mampu mengelak impak yang dibawa Covid-19 apabila terpaksa memberhentikan kira-kira 10 peratus pekerja tahun ini, dengan jumlah staf OYO Malaysia kini berjumlah 200 orang.

“Kami ada perancangan untuk mengambil semula pekerja, mungkin dalam tahun hadapan,” jelas Ming Luk.

Sebelum ini, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubu­ngan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairol Nizam Saad menegaskan, industri pelancongan bakal lumpuh jika rakyat tidak mengutamakan destinasi-destinasi tempatan untuk bercuti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya