FBM KLCI terkesan penguncupan KDNK - Utusan Malaysia

FBM KLCI terkesan penguncupan KDNK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua yang menguncup pada kadar 17.1 peratus, prestasi terburuk sejak tiga bulan terakhir 1998 secara langsung telah memberi impak terhadap pasaran modal negara. 

Indeks penanda aras Bursa Malaysia, FBM KLCI turun 11.83 mata atau -0.75 peratus kepada 1,564.59 ketika ditutup dalam sesi dagangan semalam berbanding 1,576.42 pada pukul 5 petang, Khamis mencerminkan betapa pelabur berhati-hati dalam urus niaga selepas KDNK diumumkan. 

FBM KLCI dibuka sedikit tinggi iaitu 2.37 mata pada kadar 1,578.79. 

Kesemua indeks sektor pasaran modal berada dalam keadaan negatif dengan indeks kesihatan menerima kesan tertinggi pada kadar -5.1 peratus atau merudum 201.62 mata kepada 3,762.49 mata. 

Kesan negatif itu berlaku apabila pelabur menjual kepentingan dalam kaunter sarung tangan di sebalik penemuan vaksin Covid-19 oleh Rusia, awal minggu ini. 

Kemelesetan ekonomi itu yang melanda negara telah menyaksikan kaunter rugi jauh mengatasi kaunter untung pada 981 berbanding 213 dengan 290 kaunter tidak berubah dan 512 lagi tidak didagangkan. 

Sebanyak 10.456 bilion saham didagangkan semalam bernilai RM5.15 bilion. 

Namun begitu, ringgit pula ditutup lebih tinggi pada kadar RM4.1900/4.1970 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) perbezaan 0.004 sen sewaktu urus niaga dibuka iaitu RM4.1940/4.2010.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya