Damansara Realty lantik Pengarah Urusan baharu - Utusan Malaysia

Damansara Realty lantik Pengarah Urusan baharu

Azman Tambi Chik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOR AZIHAN MD GHAZALI

SHAH ALAM: Damansara Realty Berhad (DBhd) melantik Azman Tambi Chik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharu berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Azman dilantik berdasarkan pengalaman dalam bidang korporat antaranya berkaitan pengurusan strategi, perancangan, pembangunan bisnes, perundangan, perolehan dan operasi lebih 30 tahun.

Beliau juga berpengalaman dalam menguruskan bidang perniagaan seperti Pengurusan Kemudahan Bersepadu (IFM), teknologi dan pengurusan hospitaliti.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, pengalaman Azman dalam bidang pemasaran, pembangunan perniagaan, perancangan korporat, pembiayaan, pelaburan, komunikasi strategik dan pengurusan pihak berkepentingan akan memberi impak positif kepada hala tuju DBhd.

“Ini berikutan kita sedang memberi fokus kepada kelestarian, perkembangan serta pembangunan perniagaan.

“Pelantikan Azman sebagai Ahli Lembaga Pengarah bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan operasi harian syarikat dalam mengharungi suasana norma baharu perniagaan ketika ini tetapi juga beliau diyakini mampu mengetuai insiatif pembangunan perniagaan yang telah direncanakan oleh Kumpulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya