- Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MISC Bhd. mencatatkan keuntungan RM299.50 juta bagi suku ke­dua berakhir 30 Jun 2020, lebih rendah berbanding RM399.80 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu, dibantutkan kesan pandemik Covid-19 yang melembabkan ekonomi dunia dan penyusutan permintaan petroleum.

Keuntungan rendah yang dicatatkan bagi tempoh April hingga Jun tahun ini disebabkan rosot nilai membabitkan aset kejuruteraan berat berikutan kejatuhan industri gas dan minyak, pandemik Covid-19 serta pemulihan yang dijangka mengambil masa lama.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kerugian syarikat pengangkut gas asli cecair (LNG) yang mempunyai Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai pemegang saham utama berjumlah RM857.30 juta berbanding keuntungan berjumlah RM910.30 juta yang dicatatkan untuk tempoh sama 2019.

Syarikat itu yang juga antara pengangkut LNG terbesar di dunia, merekodkan kerugian bersih RM1.15 bilion untuk tiga bulan pertama tahun ini kerana rosot nilai berkaitan prosi­ding timbang tara membabitkan Gumusut-Kakap Semi-Floating Production System (L) terhadap Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC).

MISC juga mengumumkan dividen tujuh sen sesaham yang akan dibayar pada 15 September depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC, Yee Yang Chien berkata, syarikat mencatatkan pencapaian yang stabil, didorong oleh sumbangan sektor gas cecair asli dan petroleum walaupun terkena kesan wabak Covid-19.

Katanya, syarikat akan terus menyasarkan pasaran yang penting untuk mencatatkan pendapatan berterusan.

“Kami tidak akan menidakkan realiti dan bertolak daripada fakta bahawa bulan-bulan akan datang terus mencabar, kami mesti tabah dan kekal optimistik dalam pembangunan initiatif-iniatiatif strategik yang telah ditetapkan untuk dicapai” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya