Tangani ketidakseimbangan gaji - Utusan Malaysia

Tangani ketidakseimbangan gaji

ekonomi
PEMULIHAN ekonomi Malaysia bakal terancam ekoran politik yang tidak stabil dan serangan wabak Vovid-19 yang tidak ada kesudahan. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Diskriminasi pemberian gaji antara etnik terutama membabitkan masyarakat bumiputera dengan etnik-etnik lain perlu segera ditangani dalam usaha memastikan jurang ekonomi dan pendapatan isi rumah ­dapat dirapatkan.

Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, soal ekonomi bumiputera tercorot tidak boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana membabitkan masalah struktur yang telah berpanjangan sejak sekian lama.

Namun begitu, beliau yang juga bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berkata, soal diskriminasi gaji boleh diselesaikan melalui campur tangan kerajaan bagi memastikan tiada majikan swasta bertindak sedemikian.

Katanya, 80 hingga 85 peratus pendapatan isi rumah disumbangkan daripada pekerjaan makan gaji, sekali gus membuktikan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 bahawa gaji diterima golongan bumiputera jauh ketinggalan walaupun dalam bidang yang sama.

“Kebanyakan siswazah bumiputera yang belajar dalam bidang-bidang profesional ­seperti perubatan dan kejurute­raan terpaksa melupakan hasrat meneruskan kerjaya dalam bidang itu sama ada disebabkan diskriminasi kerja atau pun gaji dan akhirnya mereka terlibat dalam ekonomi gig.

“Pada pandangan saya, ini bukan masalah bumiputera adalah masyarakat majoriti, jadi disebabkan itu ekonomi mereka masih kekal di belakang berbanding etnik-etnik lain.

“Kalau kita lihat kepada negara lain seperti Australia, golongan Anglo-Saxon adalah majoriti tetapi pendapatan isi rumah mereka lebih tinggi daripada Orang Asal Australia,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membangkitkan dapatan terbaharu Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang menunjukkan pendapatan isi rumah bumiputera masih yang tercorot berban­ding masyarakat Cina dan India.

Penganalisis ekonomi yang juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nuradli Ridz­wan Shah Mohd. Dali berkata, masalah jurang pendapatan antara etnik yang telah berlanjutan sejak sekian lama boleh diselesaikan menerusi penglibatan lebih ramai bumiputera dalam bidang profesional dan perniagaan.

Beliau berkata, golongan muda bumiputera seharusnya mengambil inisiatif untuk menjadi usahawan dan tidak lagi terlalu berfikir hanya makan gaji semata-mata.

“Saya lihat jurang pendapatan boleh dirapatkan menerusi penyertaan lebih ramai bumiputera dalam bidang perniagaan kerana kita tahu etnik lain telah memulakan perniagaan sendiri sejak sekian lama.

“Walaupun bumiputera mungkin tertinggal di belakang tetapi tidak mustahil boleh bersaing dari segi pendapatan isi rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya