fbpx

Persatuan bank jamin permudahkan pelanggan lanjut moratorium

  • Oleh Zunaidah Zainon
  • 30 Julai 2020, 8:14 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) memberi jaminan akan mempermudahkan urusan pelanggan yang memohon lanjutan moratorium. 

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua persatuan itu berkata, bantuan pembayaran semula akan tersedia untuk peminjam yang terjejas apabila berakhirnya moratorium, 30 September ini. 

Di bawah bantuan pembayaran semula bersasar itu, bank konvensional dan Islamik akan menyediakan bantuan tambahan pasca 30 September ini, khususnya untuk peminjam yang telah kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan mereka yang pendapatannya berkurangan disebabkan COVID-19.

Katanya, bank-bank akan menilai kedudukan kewangan peminjam pada akhir tempoh bantuan itu untuk menimbangkan sama ada bantuan pembayaran semula adalah diperlukan.

“Bagaimanapun, peminjam perlu menghubungi bank mereka bagi membincangkan pilihan yang ada untuk memohon bantuan ini,” katanya.

Sementara itu Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) dalam kenyataan berasingan berkata, Institusi Kewangan Pembangunan yang menjadi Ahli ADFIM memberi komitmen untuk memastikan mereka yang disasarkan mendapat bantuan berkenaan.

Namun, perlu diingatkan setiap permohonan adalah berdasarkan syarat-syarat yang perlu dirujuk kepada pihak institusi kewangan masing-masing.

“Sehubungan itu, ADFIM menasihatkan pelanggan-pelanggan ahli ADFIM untuk menghubungi cawangan yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh ahli persatuan,” katanya.

Dikemaskini pada