Dakwa pemimpin jika ada bukti kukuh, UMNO tiada halangan

Dakwa pemimpin jika ada bukti kukuh, UMNO tiada halangan – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi ditemui pemberita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tiada halangan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sebarang pendakwaan terhadap pemimpinnya jika mempunyai bukti kukuh.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lazimnya sebelum pendakwaan dilakukan, ia tentunya dimulakan dengan siasatan terlebih dahulu.

Katanya, pada peringkat siasatan, ia hendaklah dilakukan secara adil dan telus.

“Pendirian kami jika ada bukti-bukti yang kukuh untuk pendakwaan dilakukan, kami tidak ada sebarang halangan untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.

“Tapi lazimnya sebelum pendakwaan itu dilakukan, tentunya ia dimulakan dengan siasatan dan proses itu hendaklah dibuat secara adil dan telus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Buku 13 Propaganda Perang Sun Tzu sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini, semalam.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO yang pernah memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda kini diheret ke mahkamah susulan terlibat dalam siasatan SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, tindakan membawa pemimpin itu untuk direman dengan menggunakan baju tahanan disanggah pimpinan UMNO termasuk dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kerana ia disifatkan sebagai cubaan memburukkan imej parti tersebut.

Pada masa sama, UMNO juga kurang senang dengan tindakan itu kerana pemimpinnya yang ditahan hanya melalui proses tahanan reman namun dianggap dimalukan dengan mengenakan baju oren (tahanan SPRM).

Terbaharu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan mengenakan baju lokap ungu PDRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×