Perkhidmatan tren ECRL dijangka beroperasi seawal 1 Jan 2027 - Utusan Malaysia

Perkhidmatan tren ECRL dijangka beroperasi seawal 1 Jan 2027

Projek ECRL menggunakan saiz landasan tolok piawaian yang membolehkan pemasangan gerabak kereta api dengan kelajuan 160 kilometer (km) sejam - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kereta api projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka mula beroperasi seawal 1 Januari 2027 dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi wilayah itu serta negara bagi tempoh beberapa dekad akan datang.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, projek ECRL yang dijadualkan siap pada akhir 2026, akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan Lembah Klang.

“Projek ini juga dijangka mampu merancakkan perdagangan di antara Malaysia dan China.

“Adalah diharapkan projek ini yang turut membabitkan negara itu dapat membolehkan eksport komoditi negara, khususnya minyak, gas, kelapa sawit, getah dan produk pengilangan menembusi pasaran China secara lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini selepas mendengar taklimat berkaitan projek infrastruktur mega tersebut.

Abdul Rahim berkata, apa yang menarik adalah ECRL berdasarkan landasan tolok piawaian berbanding rel berkembar sedia ada yang menggunakan tolok tiga meter.

“Projek ECRL menggunakan saiz landasan tolok piawaian yang membolehkan pemasangan gerabak kereta api dengan kelajuan 160 kilometer (km) sejam.

“Tolok sedemikian boleh menggunakan tren laju sehingga melebihi 300 km sejam mengikut keperluan operator perkhidmatan,” kata beliau.

Menurutnya, jarak landasan ECRL 2.0 sejauh 640 km itu telah dipendekkan berbanding laluan asal 688 km dengan jumlah stesen kereta api dikurangkan kepada 20 berbanding 26 sebelum ini.

Pengurangan jarak 48 kilometer itu juga dijangka dapat membantu mengurangkan kos sebanyak RM21.5 billion kepada RM44 bilion berbanding kos asal yang mencecah RM65.5 bilion, kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.