NZ Wheels model terbaharu buat pelanggan setia - Utusan Malaysia

NZ Wheels model terbaharu buat pelanggan setia

Nik Hamdam Nik Hassan (kiri) bersama Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia (kanan) bersama Peter Leong, pelanggan yang membawa pulang edisi pertama Mercedes-Benz A45 AMG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengimport tunggal dan pengedar ­Mer­cedes-Benz diimport sepenuhnya (CBU) di negara ini, NZ Wheels Sdn. Bhd. (NZ Wheels) mempersembahkan empat model terbaharu Mercedes-Benz di NZ Wheels Bangsar Autohaus, baru-baru ini.

Empat model Mercedes-AMG tersebut adalah A35S 4MATIC Edisi 1, A45S 4MATIC+ Edisi 1 dan CLA 45S 4MATIC+ dalam Majlis AMG Private Viewing.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotive Group (AMG), Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, pihaknya menganjurkan AMG Private Viewing untuk menghargai pelanggan dan rakan niaga atas sokongan berterusan mereka terhadap NZ Wheels dan jenama Mercedes-Benz.

“Aspirasi kami adalah untuk memenuhi impian peminat jenama ini. Oleh itu, NZ Wheels komited untuk menawarkan produk yang terbaik kepada pelanggan setia kami,” katanya dalam kenyataan.

NZ Wheels turut meraikan penjualan Mercedes-Benz A45 AMG Edisi 1 keluaran pertamanya kepada pelanggan bertuah, Peter Leong.

“Semua NZ Wheels Autohauses mematuhi langkah-langkah keselamatan di bawah inisiatif Mercedes-Benz.

“Pelanggan juga boleh membuat janji temu secara dalam talian bagi pandu uji kereta keluaran baharu kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya