Astro rekod prestasi memberangsangkan - Utusan Malaysia

Astro rekod prestasi memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) merekodkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi tahun kewangan 2020 disokong oleh fokus berdisiplin yang ditunjukkan dari aspek keberkesanan pengurusan operasi ketika pergolakan digital yang dilihat telah membentuk semula landskap media.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, Astro mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan beberapa tindakan penting bertujuan untuk  menyokong negara, pelanggan dan masyarakat setempat secara amnya. 

“Kami akan memastikan rakyat disajikan dengan informasi-informasi terkini, serta dihiburkan menerusi siaran komplimentari di saluran-saluran tambahan, menawarkan kandungan berbentuk pendidikan dan pembelajaran kepada para pelajar.

“Jadi, kami membantu menyiarkan lebih dari 3,000 jam pengumuman khidmat masyarakat (PSA), mendapat liputan media mutakhir dan mengekang penularan berita-berita palsu dan tidak sahih merentasi platform TV, radio dan digital kami,” katanya ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya hari ini. 

Pada AGM itu, pemegang saham dan wakil proksi menyertai mesyuarat dan mengundi dari jarak jauh, menerusi platform atas talian dengan 17 resolusi berjaya diluluskan.

Menurut Henry, dengan penutupan panggung wayang di seluruh negara, Astro mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan penerbit tempatan bagi menayangkan filem-filem eksklusif terus ke rumah penonton, menerusi Astro First.

“Bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan, kami membuat keputusan untuk menggantung mana-mana pemotongan akaun pelanggan buat sementara waktu dan menawarkan mereka pelan langganan yang lebih fleksibel dan urusan pembayaran lebih sesuai kepada organisasi komersial,” katanya. 

Beliau juga berkongsi kepada pemegang saham berhubung keutamaan Astro pada masa akan datang di kala negara melalui fasa pemulihan. 

“Astro meletakkan misi untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Destinasi Hiburan Pilihan Rakyat, dengan menyediakan perkhidmatan terbaik di rumah dan kepada individu perseorangan. 

“Kami akan terus berusaha memperbanyakkan inisiatif berkaitan pelanggan dengan menawarkan pengalaman terhebat Astro menerusi 4K UHD kepada 5.7 juta pelanggan sedia ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya