Covid-19: Hanya 3 negeri catat lebih 100 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Hanya 3 negeri catat lebih 100 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,586 kes berbanding kelmarin, 1,841 kes dan diatasi 2,185 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 756 kes diikuti Kuala Lumpur (297), Pulau Pinang (110), Perak (92), Negeri Sembilan (80) dan Sabah (55).

Ini diikuti Melaka (44), Johor (34), Putrajaya (33), Kedah (31),  Sarawak (25), Pahang (15), Terengganu (7), Kelantan (5),  Perlis (5) dan Labuan, dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 417 orang berbanding kelmarin, seramai 500 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 27 orang bersamaan jumlah kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 17 kes bersamaan jumlah kelmarin.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,681 kes.

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,559 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya