fbpx

Kes Covid-19 terus catat peningkatan

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,405 kes berbanding kelmarin, 3,321 kes dan mengatasi 1,430 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,691 kes, diikuti Kuala Lumpur (455), Negeri Sembilan (195), Perak (199), Pulau Pinang (192), Melaka (136) dan Johor (126).

Bagaimanapun, negeri-negeri lain mencatatkan dua angka iaitu Kedah (83), Putrajaya (79), Pahang (57), Sabah (57), Sarawak (54), Terengganu (34), Kelantan (32), Labuan dan Perlis, masing-masing 10 kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 546 orang berbanding kelmarin, seramai 649 orang manakala kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 51 orang berbanding jumlah kelmarin, 59 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sebanyak 34 kes bersamaan jumlah kelmarin dan bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 61 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, empat kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,602 kes. Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,539 kes. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN