Covid-19: Selangor, KL, Pulau Pinang catat kes tiga angka - Utusan Malaysia

Covid-19: Selangor, KL, Pulau Pinang catat kes tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,367 kes berbanding kelmarin, 1,242 kes sekali gus terus diatasi 3,610 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 480 kes diikuti Kuala Lumpur (264), Pulau Pinang (138), Negeri Sembilan (84), Perak (70), Melaka (60) dan Johor (57).

Diikuti Sarawak (49), Kedah (46), Putrajaya (38), Pahang (25), Sabah (22), Terengganu (23), Kelantan (11), Perlis (3) dan Labuan, hanya dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 447 orang berbanding kelmarin, seramai 455 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 86 orang berbanding jumlah kelmarin, 76 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan peningkatan kepada 46 kes berbanding jumlah kelmarin, 39 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 71 kluster yang masih aktif bersamaan jumlah semalam sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,579 kes.

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,530 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.