463 kes ICU Covid-19, kluster menurun - Utusan Malaysia

463 kes ICU Covid-19, kluster menurun

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan lima kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan sembilan kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan lima kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 234 kluster. 

“Selain itu, 5,749 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,983 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,262 kes manakala semalam, 4,298 kes sekali gus diatasi 5,894 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 463 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 249 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 4,184 kes (98.2 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 40 kes berbanding kelmarin, 36 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,614 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 40 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,199 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya