28,000 penjawat awam enggan vaksin terima surat tunjuk sebab - Utusan Malaysia

28,000 penjawat awam enggan vaksin terima surat tunjuk sebab

ABDUL LATIFF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28,000 kakitangan awam yang enggan divaksin Covid-19 sudah diberikan surat tunjuk sebab sebagai salah satu daripada proses sebelum tindakan selanjutnya dikenakan terhadap kakitangan terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, setakat ini, tidak ada tindakan lain diambil terhadap mereka kerana terdapat proses yang perlu diikuti oleh kerajaan.

“Dia ada proses, pertama, ketua jabatan kena mengutus surat tunjuk sebab mengapa penjawat awam enggan divaksin dan diberi tempoh 21 hari untuk menjawab soalan tersebut.

“Jika tidak memuaskan, satu jawatankuasa siasatan dalaman dan jawatankuasa disiplin yang dibentuk oleh jabatan tersebut akan menentukan tindakan-tindakan seterusnya.

“Ada banyak jenis tindakan boleh diambil seperti tindakan amaran, kita boleh tahan gaji. Ini semua perkara-perkara yang boleh kita ambil terhadap kakitangan awam,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) meminta kerajaan menjelaskan apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan awam yang enggan divaksin.

Menurut Latiff, jumlah kakitangan yang enggan divaksin itu merangkumi 1.8 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memberi tempoh sehingga 1 November lalu sebelum mengambil tindakan selanjutnya diambil terhadap guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia selaras ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengkehendaki semua penjawat awam patuh kepada pekeliling mewajibkan mereka melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 atau berdepan tindakan tatatertib. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN