PUTRAJAYA: Komuniti merekodkan pertambahan empat daripada sembilan kluster Covid-19 hari ini manakala tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing dua kluster dan satu kluster pendidikan lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti melibatkan dua di Johor manakala Kelantan dan Pahang, masing-masing satu kluster.
“Dua kluster tempat kerja pula melibatkan Negeri Sembilan dan Kelantan manakala dua kluster kumpulan berisiko tinggi, Pulau Pinang dan Selangor. Bagi kluster pendidikan lain, satu di Selangor.
“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 794 kluster manakala 4,803 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,709 kes berbanding semalam, 7,373 kes sekali gus terus diatasi 10,833 kes sembuh manakala 762 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 398 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Daripada 6,709 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 144 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.
” Baki 6,565 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 64 kes berbanding kelmarin, 74 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,329 kes.
Sebanyak 14 daripada 64 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,514 kes.
Sebanyak 759 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 408 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,490 orang. -UTUSAN ONLINE