5,410 dos penggalak diberikan sehingga semalam - Utusan Malaysia

5,410 dos penggalak diberikan sehingga semalam

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 5,410 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kumpulan sasar sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu membabitkan petugas barisan hadapan perubatan.

“Sehingga semalam, sebanyak 5,410 dos penggalak telah diberikan dengan kebanyakkan adalah petugas barisan hadapan perubatan.

“Warga emas akan menerima suntikan penggalak ini klinik swasta berhampiran dalam masa terdekat,” kata Khairy menerusi akaun Twitter milik beliau hari ini.

Pada Rabu lalu, Khairy memaklumkan Kementerian Kesihatan memulakan proses dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Katanya, individu yang layak dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, manakala bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi itu, pemakluman dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksin (PPV).

Kata beliau, pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan tempoh perlindungan optimum diperoleh penerima vaksin Covid-19 di negara ini.

Dos penggalak adalah dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap, namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa (waning immunity).

Pemberian dos penggalak itu diterajui klinik swasta (GPs) di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. bagi anggota barisan hadapan serta warga emas, manakala fasiliti kesihatan kerajaan dikhususkan kepada anggota kesihatan masing-masing.

Anggota kesihatan swasta boleh mendapatkan dos penggalak dari fasiliti masing-masing bergantung kepada persetujuan pihak Jabatan Kesihatan negeri. 

Selain itu, fasiliti kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula bagi anggota barisan hadapan ATM. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya