Sumbangan 1 juta dos Pfizer dari AS tiba esok - Utusan Malaysia

Sumbangan 1 juta dos Pfizer dari AS tiba esok

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer secara percuma oleh Amerika Syarikat (AS) kepada Malaysia akan tiba ke negara ini esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan kerajaan negara itu di atas sumbangan vaksin itu serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu.

“Saya dan Antony Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia dan Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik,” katanya.

Sebelum ini AS memaklumkan akan menyumbang sebanyak tujuh juta dos vaksin Covid-19 ke Asia melalui Covax dan Malaysia turut termasuk dalam senarai penerima.

Selain Malaysia, India, Korea Selatan dan Taiwan menjadi antara negara menerima sumbangan vaksin dari negara Uncle Sam itu.

Dalam satu kenyataan, Presiden AS, Joe Bidden mahu menjadikan AS sebagai gudang vaksin untuk dunia bagi membantu mencapai imuniti bagi masyarakat dunia.

Langkah itu adalah sebahagian daripada program sumbangan 80 juta dos vaksin Covid-19 yang dilaksanakan oleh pentadbiran Joe Biden dengan matlamat berkongsi vaksin dengan negara dunia lain menjelang hujung bulan ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN