Penularan Covid-19 di Bukit Malut macam 'zombi' - Utusan Malaysia

Penularan Covid-19 di Bukit Malut macam ‘zombi’

SEORANG penduduk yang menjalani ujian saringan Covid-19 di Pusat Kawalan Operasi Bencana PKPD di Bukit Malut, Langkawi. - UTUSAN/SHAHIR N0ORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Penularan wabak Covid-19 dalam kalangan penduduk di penempatan haram Bukit Malut kini boleh dianggap seperti ‘zombi’ apabila jumlah penduduk positif semakin tinggi dan menakutkan.

Sikap besar kepala dan degil dalam kalangan penduduk di lokaliti itu yang tidak mahu menjalani ujian saringan Covid-19 selepas dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga menyumbang kepada penularan Covid-19 bagi Kluster Dah Bukit itu.

Semalam, jumlah positif Covid-19 yang dicatatkan di Bukit Malut ialah sebanyak 51 kes manakala kes keseluruhan di pulau peranginan itu pula 61 kes.

Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr. Mansor Ismail berkata, lebih 80 peratus penduduk di penempatan itu yang keluar menjalani saringan semalam didapati positif Covid-19.

“Sementara itu, seramai 27 orang penduduk yang keluar untuk disaring semalam terdapat 24 orang didapati positif,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi Bencana PKPD Bukit Malut di sini hari ini.

Beliau menambah, bilangan penduduk terutamanya mereka yang bergejala keluar menjalani ujian saringan tersebut begitu rendah pada hari pertama PKPD semalam.

“Kita menyasarkan seramai 200 orang disaring dalam tempoh seminggu ini, namun, mereka yang keluar hanya 27 orang sahaja semalam,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana PKPD Bukit Malut di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri di lokaliti itu dianggarkan seramai 5,000 orang.

Dr. Mansor memberitahu, setakat pukul 1 petang ini, seramai 58 orang penduduk telah keluar untuk disaring berbanding hanya 27 orang semalam.

Jelasnya, beliau juga mengharapkan penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk tampil bagi membuat saringan tersebut.

“Kita mahu penduduk di kawasan PKPD Bukit Malut sama ada ada pengenalan diri atau tidak, keluar (disaring). Sesiapa pun yang bergejala atau positif mesti disaring dan terima rawatan.

“Kita juga telah berbincang supaya tidak ada implikasi perundangan (kepada penduduk tanpa dokumen pengenalan diri) termasuk perundangan berkaitan kesihatan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN