992 kluster aktif Covid-19 - Utusan Malaysia

992 kluster aktif Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan pertambahan 34 kluster baharu Covid-19 dengan tempat kerja merekodkan 18 kluster diikuti 15 kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi sekali gus menjadi keseluruhan 992 kluster aktif sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan Tapak Bina Jalan Meranti di Bentong, Pahang (121); Padang Kubu di Kemaman, Terengganu (103); Tapak Bina Kampung Sedeng di Segamat, Johor (96); Lengkok Rishah Dua di Kinta, Perak (62); Bagan Sabak di Sabak Bernam, Selangor (59) Industri Jalan Bebas Lapan di Petaling dan Klang, Selangor (48); Gipan Kolombong di Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah (40); Industri Mahkota Satu di Hulu Langat, Selangor (40); Persiaran Desa Tebrau di Johor Bahru, Johor (37); Tapak Bina Kluang Perdana di Kluang, Johor (33).

Katanya, Industri Taman Gunung Mas di Tampin, Negeri Sembilan (31); Tinabau di Kinabatangan, Sabah (26); Jalan Besar Sabak Bernam di Sabak Bernam, Sabah (20); Jalan Gambir Lima di Tangkak, Johor (16); Dah Kedundung Industri Alor Setar di Kota Setar, Padang Terap dan Pendang, Kedah (15); Dah Pinang Industri Alor Setar di Kota Setar, Kedah (12); PLO Jalan Timah di Johor Bahru, Johor (11) dan PLO Jalan Tengar di Johor Bahru, Johor (8).

“Kluster komuniti pula, Taman Hock Ann di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (185); Dah Bukit di Langkawi, Kedah (139); Jalan Tungku di Lahad Datu, Sabah (35); Batu Enam Penjom di Lipis, Pahang (25); Kampung Kemahang Labok di Machang dan Kota Bharu, Kelantan (18); Alor Bakong di Hilir Perak, Perak (18); Kampung Budi Tawang di Bachok, Kelantan (17) dan Padang Tembak Intan di Hilir Perak, Perak (15).

“Baki kluster komuniti, Tok Khalifa di Sabak Bernam, Selangor (14); Kampung Bukit Tok Ali di Jeli, Kelantan (14); B5 Keratong Tujuh di Rompin, Pahang (12); Kampung Tok Sadang di Kota Bharu, Kelantan (11); Jalan Damai Kampung Cherang di Kota Bharu, Kelantan (11)Kampung Sogo-Sogo di Tongod, Sabah (9) dan Gerbang Kauran di Keningau, Sabah (9) manakala kluster kumpulan berisiko tinggi, Simpang Tiga Ranau di Ranau, Sabah (14)),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 17,045 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 9,683 kes.

Katanya, sebanyak 92 kematian dicatatkan dengan 970 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 501 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 160,903 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407), Melaka (370), Terengganu (273) dan Kelantan (266).

“Dua wilayah mencatatkan kes dua angka Putrajaya (50) dan Labuan (21) manakala Perlis (10),” katanya.

Mengulas mengenai 92 kematian, beliau berkata, Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 27 kes diikuti 23 kes di Johor, 12 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, lima kes di Melaka, empat kes di Kedah, tiga kes di Pahang, masing – masing dua kes di Sabah dan Sarawak, serta masing -masing satu kes di Perak, Terengganu dan Labuan.

“Kematian melibatkan 90 lelaki dan 42 wanita dengan 84 pesakit mempunyai latar belakang penyakit; lapan kematian di rumah dan dua kes melibatkan warga asing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya