PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan kes positif harian Covid-19 hari ini mencatatkan rekod tertinggi dengan 9,353 kes hari ini berbanding rekod semalam sebanyak 9,180 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 87 kematian dan 5,910 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 737,103 daripada 827,191 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 6,067 orang.
Beliau berkata, terdapat 84,021 kes aktif di seluruh negara, dengan 451 daripada 959 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,277 (281,670)
WPKL – 1,398 (87,711)
Johor – 399 (74,436)
Sabah – 251 (72,042)
Sarawak – 352 (68,599)
Negeri Sembilan – 638 (51,851)
Pulau Pinang – 180 (36,376)
Kelantan – 89 (35,991)
Perak – 145 (28,903)
Kedah – 364 (28,202)
Melaka – 835 (21,597)
Pahang – 247 (15,848)
Terengganu – 50 (11,721)
WP Labuan – 85 (9,087)
WP Putrajaya – 39 (2,550)
Perlis – 4 (607)