Malaysia sudah beli vaksin, tapi belum sampai sepenuhnya - PM - Utusan Malaysia

Malaysia sudah beli vaksin, tapi belum sampai sepenuhnya – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba supaya meminta pembekal menghantar vaksin dengan segera.

Kata Perdana Menteri, kerajaan sudah membeli dan membayar bekalan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini, namun belum menerima bekalan mengikut tempahan.

Kata beliau, langkah itu perlu kerana berdasarkan tinjauan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sudah dibuka, ia diuruskan dengan baik tetapi berdepan kekangan bekalan yang tidak mencukupi.

“Beberapa PPV juga bersedia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin, namun tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah vaksin tidak cukup.

“Kerajaan sudah beli dan bayar, namun bekalan vaksin ditempah itu belum sampai, malah seluruh dunia sekarang juga perlukan vaksin.

“Saya sudah arahkan menteri bertanggungjawab meminta pembekal menghantar vaksin dengan segera. Jika pengilang keluarkan lebih banyak vaksin, kerajaan harap bekalan vaksin lebih banyak akan dihantar ke negara ini dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi PPV Dewan Muafakat Johor Bukit Gambir, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya