Filipina selamatkan anak pengebom bunuh diri gereja Jolo - Utusan Malaysia

Filipina selamatkan anak pengebom bunuh diri gereja Jolo

KEADAAN di dalam sebuah gereja selepas serangan pengebom bunuh diri di Jolo, Filipina pada Januari 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pasukan keselamatan Filipina menyelamatkan seorang anak pasangan pengebom bunuh diri dari kumpulan militan Abu Sayyaf.

Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu merupakan rakyat Indonesia yang dikenali sebagai Rullie Rian Zeke, 35 tahun dan isterinya, Ulfah Handayani Saleh, 32.

Pasangan suami isteri itu didakwa menjadi dalang serangan bom di sebuah gereja di selatan Jolo pada Januari 2019 yang mengorbankan 23 orang dan lebih 100 cedera.

Kanak-kanak perempuan yanh dikenali sebagai Siti Aisyah Rullie atau Maryam Israni ditemukan ketika pasukan tentera dan polis Filipina mengadakan operasi bersama di Barangay Bangkal, Patikul, Sulu, kelmarin.

Jurucakap pasukan keselamatan Filipina, Alaric Delos Santos berkata, kanak-kanak itu dianggarkan berusia 10 dan 13 tahun.

“Kami sudah maklumkan kepada Jabatan Khidmat Sosial dan pihak berkuasa Indonesia bagi menentukan langkah seterusnya,” katanya kepada Arab News.

Ibu bapa Siti Aisyah merupakan anggota kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah yang bekerjasama dengan Abu Sayyaf.

Kanak-kanak perempuan itu juga dilaporkan sudah dikahwin dengan anggota Abu Sayyaf dan dilatih untuk menjadi pengebom bunuh diri seperi ibu bapanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya