Sofia Anaeli raih gelaran Miss Petite Global 2026

Sofia Anaeli raih gelaran Miss Petite Global 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ratu cantik dari Puerto Rico, Sofia Anaeli Paoli Vargas, 21, dinobatkan sebagai Miss Petite Global 2026 dalam pertandingan akhir yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Lulusan sains bioperubatan dari Pontifical Catholic University ini menewaskan 12 peserta lain dari seluruh dunia dalam edisi kelima pertandingan ratu cantik antarabangsa itu.

Lebih manis, beliau turut melakar sejarah sebagai wanita Latin pertama yang meraih gelaran tersebut.

Sofia Anaeli berkata, kerja kerasnya selama setahun akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan itu.

Katanya, minat dalam dunia peragaan dan ratu cantik sudah bermula seawal usia empat tahun lagi.

Kemenangan pertamanya adalah dalam pertandingan Baby Puerto Rico diikuti Miss Teen Universe Petite Puerto Rico pada 2023.

“Walaupun dunia melihat senyuman gembira saya, hakikatnya saya pernah melalui detik sukar sebagai mangsa buli ketika zaman kanak-kanak.

“Saya sering diejek kerana tidak mempunyai dua gigi hadapan dan kekurangan itu menghantui saya selama bertahun-tahun,” katanya baru-baru ini.

Naib juara disandang wakil Sepanyol, Brayerlin Mejia, manakala tempat ketiga milik Daniella Brant (United Kingdom).

Wakil Nigeria, Liza Umusu pula berada di kedudukan keempat diikuti wakil Riviera Maya, Julia Valentina Gonzalez Barron di tempat kelima.

Miss Teen Global

Dalam acara berasingan, wakil Cuba, Isabella Toledo, berjaya meraih gelaran Miss Teen Global 2026.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan negara tersebut mempertahankan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut.

Pada edisi 2025, gelaran sama dimenangi Naisha Nardo, 16, yang berketinggian 172 sentimeter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN