PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara selama dua minggu sehingga 18 Februari ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu namun tidak meliputi Sarawak yang masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, ujar beliau, dua daerah dan satu bahagian di negeri berkenaan sudah pun dikenakan PKP sejak beberapa hari lepas ekoran peningkatan kes positif baharu Covid-19.
PKP 2.0 mula diwartakan pada 13 Januari lalu dan ia mengulangi pelaksanaan PKP 1.0 pada 18 Mac hingga 12 Mei tahun lalu kecuali beberapa sektor ekonomi diberi kelonggaran khas.
Beliau menegaskan, permohonan untuk merentas negeri dan penganjuran aktiviti sosial termasuk sukan tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak berkenaan. – UTUSAN ONLINE










