PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah kematian sebanyak 21 kes hari ini, sekali gus menjadi kes tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini.
Bagaimanapun, kes sembuh Covid-19 negara iaitu 3,661 kes melebihi kes positif iaitu 3,455 kes.
Ia menjadikan keseluruhan kes sembuh meningkat sebanyak 173,990 kes manakala kes positif negara pula, sebanyak 222,628 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 327 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 145 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor menjadi negeri tunggal yang mencatatkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,145 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










