Lanjutan operasi kedai makan masih dalam perbincangan - Utusan Malaysia

Lanjutan operasi kedai makan masih dalam perbincangan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mempertimbang cadangan dan permintaan orang ramai supaya operasi kedai makan dan restoran dilanjutkan dua jam lagi sehingga pukul 10 malam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu tambahan masa itu perlu diperhalusi dengan baik namun kelonggaran tersebut perlu dilihat dari pelbagai sudut

“Kita tidak mahu nanti apabila operasi ini dibenarkan, pihak sektor lain pun tidak berpuas hati dan minta juga perkara sama diberi pula,” katanya dalam sidang akhbar hari inii.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan dalam kalangan masyarakat yang tular menerusi laman media sosial terutama platform Twitter beberapa hari lalu mengenai isu itu.

Mereka berpendapat, tempoh masa setakat 8 malam sahaja perlu ditambah lagi kerana ada antaranya terutama yang bekerja tidak sempat beli makanan untuk dibawa balik ke rumah.

Kerajaan mula mengehadkan waktu pembukaan sektor tertentu selama 14 jam sehari dari pukul 6 pagi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari.

Menyentuh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 terhadap penduduk yang belum mengisi secara bersemuka, Ismail Sabri berkata, bancian dalam talian dibuka semula.

Ia ekoran pelaksanaan PKP seluruh negara dan Jabatan Perangkaan Malaysia menyusun semula kaedah pembancian sebagai usaha agensi itu menyekat penularan wabak Covid-19.

Sehingga kini pihak tersebut menganggarkan seramai 23.5 juta atau 72 peratus penduduk belum dibanci sejak dilancarkan tahun lalu ekoran kekangan disebabkan pandemik tersebut.

“Justeru, mereka yang tidak buat lagi pengisian banci ini, diminta mengisi segera secara dalam talian melalui www.mycensus.gov.my untuk pengumpulan rekod rasmi negara,” katanya,

Ditanya kebimbangan masyarakat terhadap kluster tertentu yang banyak disumbangkan pekerja warga asing, beliau berkata, perkara itu dipantau kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya