Proton Inspira berhenti melintang di lorong kanan punca tiga kenderaan kemalangan

Proton Inspira berhenti melintang di lorong kanan punca tiga kenderaan kemalangan

Tangkap layar kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuh Raya NKVE menghala ke Plaza Tol Duta, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 28, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat sini, semalam dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang terbabas sebelum berhenti melintang di lorong kanan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam membabitkan Proton Inspira, Proton Wira dan Toyota Hilux.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira dipandu seorang lelaki warga Indonesia tidak sempat mengelak lalu merempuh Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun yang berhenti di lorong kanan.

Katanya, siasatan awal mendapati Proton Inspira dipercayai terbabas dan berhenti di lorong kanan lebuh raya menghala ke Tol Duta, kemudian datang sebuah Proton Wira melanggar kenderaan berhenti itu.

“Pelanggaran itu menyebabkan Proton Inspira bergerak ke lorong bersebelahan lalu dilanggar sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengesan dan menahan pemandu Proton Inspira terbabit hari ini bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca kenderaan dipandunya terbabas pada peringkat awal.

Katanya, semua pemandu dan individu terbabit dalam kemalangan itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius, namun kenderaan mereka mengalami pelbagai kerosakan.

“Toyota Hilux mengalami kerosakan pada bahagian bumper belakang, sensor undur, bonet hadapan, bumper hadapan serta tangki air,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN