Jenazah ADUN Mata Ayer selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah ADUN Mata Ayer selamat dikebumikan

JENAZAH Wan Badariah Wan Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rambai, Pauh, Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rambai, Arau, Pauh, di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Nur Al Saadah, Kampung Banggol Sena, untuk urusan solat jenazah yang disertai kira-kira 500 orang.

Antara yang hadir terdiri daripada ahli keluarga, penduduk setempat dan wakil rakyat Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memuatkan artikel berkaitan…

Wan Badariah menghembuskan nafas terakhir selepas dikhabarkan mengalami penat sejak beberapa hari lalu dan kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar semalam, berikutan kesihatannya semakin merosot.

Allahyarmah disahkan meninggal dunia pada pukul 4.26 petang semalam selepas ditidurkan semasa menerima rawatan di sana.

Menerusi pemergian itu, Allahyarhamah meninggalkan suami, Sabry Saad, 52, bersama tiga anak berusia 19, 18 dan 15 tahun.

Pada Mei 2024, Utusan Malaysia melaporkan Wan Badariah terpaksa ditidurkan bagi memberi rehat secukupnya selepas mengalami komplikasi akibat penyakit tiriod

Beliau kemudian dilaporkan semakin pulih dan kembali menjalankan perkhidmatan sebagai ADUN.

Sebagai rekod, Wan Badariah pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini