Bapa tendang anak di restoran ala Thai serah diri pada polis

Bapa tendang anak di restoran ala Thai serah diri pada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki bertindak menyerahkan diri kepada polis semalam selepas dipercayai bertindak menendang anak perempuannya di sebuah restoran masakan ala Thailand yang terkemuka di Telipot di sini pada Jumaat lalu.

Suspek berusia dalam lingkungan 40-an berbuat demikian di Balai Polis Kota Bharu di sini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri ketika dihubungi di sini hari ini.

“Suspek kini ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Media semalam melaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa menyepak seorang kanak-kanak perempuan dalam kejadian di sebuah kedai makan masakan Thai terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 10.24 malam tadi berhubung video kejadian yang tular dalam media sosial aplikasi Threads.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×