Anwar pengerusi mesyuarat MA63 pagi ini

Anwar pengerusi mesyuarat MA63 pagi ini

ANWAR Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini - GAMBAR/JABATAN PENERANGAN SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pagi ini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.30 pagi tadi itu menjadi antara agenda utama lawatan Perdana Menteri ke negeri ini.

Turut hadir dalam mesyuarat terbabit ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

MTPMA63 merupakan platform utama bagi membincangkan serta menyelaras pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya kepentingan Sabah dan Sarawak.

Selesai mesyuarat, Anwar dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas pada tengah hari sebelum melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai pada jam 1.50 petang.

Media sebelum ini melaporkan kebakaran melibatkan sekitar 200 buah rumah atas air di kawasan Numbak.

Kebakaran membabitkan kawasan penempatan rumah setinggan atas air yang merangkumi Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama, dengan kawasan terjejas dianggarkan seluas 260 meter x 380 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×