Pemandu, dua kelindan maut lori ayam rempuh treler parkir tepi jalan - Utusan Malaysia

Pemandu, dua kelindan maut lori ayam rempuh treler parkir tepi jalan

KEADAAN lori ayam yang remuk selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat di sini, Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang pemandu dan dua kelindan maut selepas lori lima tan membawa bekalan ayam yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Lebuhraya Timur-Barat di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.26 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di dalam kenderaan.

Mangsa terlibat dikenali sebagai Norazeman Abdul Aziz, 42, Mohammad Zakwan Mohd. Nor, 16, dan Mohd. Haikal Hanifah, 29.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mat Nuri Mohamad berkata, anggota bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 4.41 pagi sebelum mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan membawa bekalan ayam merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, nahas tersebut membabitkan tiga mangsa yang tersepit di dalam sebuah lori.

“Mayat ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mat Nuri memberitahu, operasi mengeluarkan kesemua mangsa tamat pada pukul 7.30 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN