MB Perlis, Exco letak jawatan MPT Bersatu - Utusan Malaysia

MB Perlis, Exco letak jawatan MPT Bersatu

ABU BAKAR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dan seorang Exco kerajaan negeri, meletak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut sumber dalaman Bersatu, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Bersatu pusat.

Bagaimanapun kata sumber itu, Abu Bakar masih mengekalkan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri.

Sumber memberitahu, manakala, Exco kerajaan negeri berkenaan, Datin Marzita Mansor pula turut mengekalkan jawatan Exco Srikandi Bersatu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN