Kereta terbabas, penyeludup dari tinggalkan 200,000 batang rokok putih

Kereta terbabas, penyeludup dari tinggalkan 200,000 batang rokok putih

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas dalam selepas kereta dipandu suspek terbabas ke dalam tali air di Kampung Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi.-ISHAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang bertindak melarikan dengan dengan menginggalkan 200,000 batang rokok putih tidak bercukai selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam tali air di Kampung Kampung Kok Bedullah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, suspek yang memandu kereta jenis Proton Preve bertindak memecut sejauh kira-kira dua kilometer sebaik menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Bagaimanapun, kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air dan suspek telah bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran dan gagal dikesan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan ke atas kereta menemukan beberapa guni mengandungi kotak-kotak berisi 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai yang disyaki diseludup.

“Semua barang kes bersama kenderaan tersebut dirampas sebelum dibawa ke markas kompeni taktikal (Komtak)Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

“Rampasan itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan bagi siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya kini sedang mengesan suspek serta mengenal pasti pemilik kenderaan bagi membantu siasatan.

Katanya, PGA akan terus memperhebatkan risikan, rondaan dan operasi penguatkuasaan di sepanjang kawasan sempadan Kelantan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta penjualan rokok tidak bercukai.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN