Kemajuan negara diukur sejauh mana rakyat rasai manfaat-PM

Kemajuan negara diukur sejauh mana rakyat rasai manfaat-PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra kakitangan Maybank pada Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Maybank baharu di Menara Merdeka Maybank, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur melalui angka pertumbuhan atau keuntungan tetapi sejauh mana rakyat merasai manfaat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institusi perbankan perlu memastikan perkhidmatan kewangan yang berkualiti dapat diakses oleh semua.

“Kekuatan sesebuah institusi kewangan juga mesti berpaksikan integriti, tatakelola yang baik serta barisan profesional yang amanah dan berakhlak.

“Tanpa nilai-nilai ini, institusi yang gah juga boleh kecundang,” katanya.

Jelas Anwar, Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank hari ini menunjukkan institusi kewangan merupakan antara tonggak utama yang menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, nilai manusiawi merupakan aspek penting dalam mendepani kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan dan pengkomputeran kuantum.

“Kemajuan yang sebenar ialah kemajuan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan memastikan tiada yang ketinggalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN