Hujan lebat di enam negeri

Hujan lebat di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam negeri dan ibu negara di ramal hujan lebat, ribut petir serta angin kencang sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu turut dijangka melanda Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.

“Di Terengganu, kawasan terbabit ialah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala di Pahang membabitkan Bentong, Bera dan Rompin.

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor selain Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” katanya dalam kenyataan.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN