PETALING JAYA: Pelarian Rohingya menegaskan mereka bukan enggan pulang ke Myanmar, sebaliknya keadaan semasa yang masih tidak selamat serta keengganan kerajaan negara itu menerima mereka menyebabkan hasrat berkenaan tidak dapat direalisasikan. Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya di Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, masyarakat Rohingya sentiasa berharap dapat kembali ke tanah air mereka, namun kepulangan hanya boleh dilakukan sekiranya keselamatan terjamin dan hak kewarganegaraan mereka dipulihkan. “Kami…










