PASIR MAS: Hampir RM3.5 juta bayaran faedah kepada pekerja dan waris dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) telah dibuat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.
Timbalan Pengarahnya, Nor Aziemah Ismail berkata, ia melibatkan bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) dan Faedah Orang Tanggungan kepada waris pekerja yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.
Katanya, daripada jumlah itu FHUS menjadi bayaran tertinggi melibatkan pembiayaan berjumlah RM2.388 juta melibatkan pencarum yang mengalami kemalangan ketika bekerja dan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas buat sementara waktu.
“Perkeso turut menyalurkan faedah sebanyak RM73,000 bagi Faedah Orang Tanggungan kepada waris pekerja yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan.
“Pembayaran itu dibuat melalui pasangan, ibu bapa serta anak-anak yang layak mengikut syarat ditetapkan,” selepas menyampaikan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM3,000 dan Faedah Orang Tanggungan, RM1,952 sebulan seumur hidup kepada pasangan Sharulanuar Baharom, 56, dan serta isteri, Nor Afini Din, 42, di lorong kubur Taman Mekasar, Kampung Kasar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nor Aziemah memberitahu, hampir RM1 juta telah dibayar bagi Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang meninggal dunia sepanjang tempoh tersebut.
Katanya, setiap tuntutan yang layak menerima bayaran sebanyak RM3,000 dan Perkeso sentiasa memberi keutamaan untuk supaya dia dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
“Hal ini bagi membantu waris menguruskan pengebumian,” katanya.-UTUSAN










