KUANTAN: Kira-kira 40 ekor gajah memasuki kawasan ladang peneroka di kawasan tanah rancangan Felda Bukit Kuantan di sini yang mengakibatkan kemusnahan tanaman kelapa sawit sejak tiga tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan peneroka terjejas semakin buntu apabila usaha mereka menanam semula pokok kelapa sawit berakhir dengan kerugian. Seorang peneroka, Deraman Mamat, 76, berkata, serangan terbaharu berlaku pada 12 Jun lalu apabila kira-kira 40 ekor gajah menceroboh kawasan ladang sekali gus merosakkan…










