JERANTUT: Musim durian kali ini menyaksikan fenomena luar biasa apabila raja buah, Musang King yang sinonim dengan gelaran ‘durian kayangan’ dijual serendah RM8 sekilogram di Kampung Sungai Kiol, di sini. Pengusaha kebun durian, Lai Yap Wai berkata, lambakan hasil sejak awal minggu lalu menyebabkan harga menjunam berbanding musim sebelumnya yang mencecah RM25 hingga RM60 sekilogram. “Saya terpaksa menjual durian gred C dan D pada harga RM8 sekilogram, manakala gred A…










