SEREMBAN: Pembangunan negara menerusi kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi juga perlu disertai dengan pengukuhan nilai dan akhlak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan pertumbuhan ekonomi merupakan agenda yang turut menjadi tumpuan negara lain. Namun Malaysia perlu menampilkan kelainan menerusi pembinaan masyarakat yang berteraskan nilai, integriti dan akhlak. “Semua negara bercakap tentang AI, transformasi digital, peralihan tenaga dan pertumbuhan ekonomi. Kita juga berbicara…










