PETALING JAYA: Data peribadi rakyat Malaysia menjadi buruan di pasaran gelap disebabkan ia mengandungi profil hampir lengkap yang mudah dimanipulasi sindiket jenayah siber termasuk penggodam dan scammer. Ini menyebabkan data milik rakyat negara ini mendapat permintaan tinggi dan bernilai tinggi hingga mencecah jutaan ringgit. Maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat kediaman, e-mel dan butiran perbankan yang dimuat naik atau dikongsi di laman web menjadi sasaran pencerobohan…










