Bekas ADUN PKR, bekas menteri sertai Pas

Bekas ADUN PKR, bekas menteri sertai Pas

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan kepemimpinan parti bersama 15 individu dan tokoh yang diumumkan menyertai Pas semasa Program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di Markas Pas Seremban malam tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan dari PKR, Datuk Dr. Mohamad Rafie Abd. Malek dan bekas Menteri Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Zaid Ibrahim antara 15 individu yang diumumkan menyertai Pas.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di Markas Pas Seremban di sini malam ini.

Turut diumumkan menyertai parti itu ialah bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman; bekas Pengerusi Parti Amanah Negara(Amanah) Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakob, bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman dan Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Lembah Pantai, Datuk Muqarrabin Moktarruddin.

Selain itu, turut mengambil langkah serupa ialah Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azlan Johar.

Takiyuddin berkata, 15 individu yang menyertai Pas itu terdiri daripada pelbagai tokoh yang mempunyai latar belakang serta kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Rakan-rakan kita yang hadir pada malam ini telah membuat keputusan untuk bersama Pas dan mendukung perjuangan parti, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Mereka terdiri daripada individu yang berpengalaman dan berpengaruh dalam pelbagai bidang,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN