Pemuda UMNO Pekan gesa tindakan tegas isu hina Tengku Mahkota Pahang - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Pekan gesa tindakan tegas isu hina Tengku Mahkota Pahang

MOHD. Fakhrul Akhmal Mohamed (depan tengah) bersama rakan-rakan menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap isu menghina Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di hadapan IPD Pekan di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan hari ini membuat laporan polis berhubung isu penghinaan terhadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang didakwa semakin tersebar di media sosial.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Mohd. Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap akaun-akaun media sosial yang didakwa mempersendakan isu berkenaan secara terbuka.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan perkara tersebut terus merebak sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.

“Kita mahu memastikan ketinggian institusi Raja Melayu bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh negara dapat dipelihara dengan sewajarnya.

“Kita percaya kerajaan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas serta telus mengikut lunas undang-undang sedia ada,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Mohd. Fakhrul berkata, hukuman lebih berat daripada sekadar denda wajar dipertimbangkan supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Katanya, kegagalan mengambil tindakan tegas dikhuatiri boleh mencetuskan pertembungan antara pihak yang menyokong dan menentang isu berkenaan sekali gus menggugat keharmonian masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN